Monday 31 October 2022

Drama Wanita Milik Tuan Putra (TV3) Full Episod

Drama adaptasi novel Wanita Milik Tuan Putra karya Aunie Ayunie menemukan pelakon utama Hisyam Hamid, Intan Najuwa dan Sherry Ibrahim. Drama bersiri 28 episod terbitan Orangetree Production, diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli. Wanita Milik Tuan Putra




Tonton Episod Penuh

EPISOD 01 | EPISOD 02 | EPISOD 03 | EPISOD 04 | EPISOD 05 | EPISOD 06 | EPISOD 07 |

EPISOD 08 | EPISOD 09 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13 | EPISOD 14

EPISOD 15 | EPISOD 16 | EPISOD 17 | EPISOD 18 | EPISOD 19 | EPISOD 20 | EPISOD 21 |

| EPISOD 22 | EPISOD 23 | EPISOD 24 | EPISOD 25 | EPISOD 26EPISOD 27|

| EPISOD 28 | EPISOD 29 |


Sinopsis Wanita Milik Tuan Putra

Menentukan bahawa sesuatu perjumpaan itu sekadar pertemuan atau satu suratan amat menyulitkan. Dengan kemunculan Bunga Zinnirah, dapatkah Tuan Putra Anaqi mengubah nasib dirinya setelah pemergian isterinya sekian lama?

Bunga (Intan Najuwa) dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato’ Azka apabila mendapati Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik! Bunga tiada tempat untuk berteduh. Namun, dengan bantuan Tuan Putra (Hisyam Hamid), Bunga dapat menumpang di rumahnya bersama pembantu rumah iaitu, Mak Jah dan Pak Jais.

Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania (Sherry Ibrahim), kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra.

Lama kelamaan, hubungan mereka semakin erat dan Putra mula menyedari bahawa cintanya terhadap Bunga semakin mekar. Adakah sesuatu bakal mengancam hubungan mereka? Atau cinta mereka dapat dipertahankan hingga akhir hayat?