Monday 24 February 2020

Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi (TV3)

Seindah 7 Warna Pelangi

Nantikan drama adaptasi novel 'Seindah Tujuh Warna Pelangi' karya Eman Sufi bakal mengisi slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Aeril Zafrel dan Nabila Razali. Drama arahan Eoon Shuhaini terbitan Saphire Screen Sdn Bhd. Akan ditayangkan bermula 24 Februari 2020, setiap Isnin hingga Jumat pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : SEINDAH 7 WARNA PELANGI
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Februari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Intan Zarina Mohd Yasin
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Nabila Razali, Hun Haqeem, Raja Afiq, Wilma Muhammad, Aidil Aziz, Elly Mazlein, Sahronizam Noor, Riz Amin, Nazeera Sardi, Wanna Ali, Laila Nasir, Hairie Othman, Jalaludin Hassan, Wanns Ahmad, Cassia Iman

WATAK PELAKON
Aeril Zafrel sebagai Andika 
Nabila Razali sebagai Aira
Hun Haqeem sebagai Arjuna
Raja Afiq sebagai Reyhan
Aidil Aziz sebagai Yazid
Elly Mazlein sebagai Mariam
Wanna Ali sebagai Zara
Wanns Ahmad sebagai Ikandar

SINOPSIS SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI

Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman. Sakitnya luka lama masih terasa. Bekas suaminya, Andika mahu memenangi hati isterinya semula.


Andika dengan bantuan sepupu mereka, merancang percutian di Lata Pelangi, tempat kesukaan Aira supaya menggamit memori lama kembali. Sayangnya, bukan kenangan manis yang muncul di fikiran Airan tetapi kenangan pahit bagaimana kejamnya lelaki itu merampas segala hak miliknya. Aira masih enggan memaafkan kesalahan Andika yang mengahwininya bukan kerana cinta tetapi kerana harta warisan mereka. Kata-kata manis yang pernah diucapkan kepadanya dahulu hanyalah untuk mengaburi niat sebenar.



Kini, Andika melamar kembali Aira. Tidak mahu terus berdepan dengan rayuan Andika, Aira memutuskan untuk kembali ke Cibubur, Indonesia. Malangnya, dalam perjalanan ke lapangan terbang, Aira terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan dia mengalami Amnesia. Bermula saat itu Andika kembali meraih cinta Aira.



Banyak rintangan yang berlaku, namun akhirnya mereka kecapi kebahagian yang terpisah suatu masa dahulu. Andika juga kesal kerana telah banyak menghabiskan masa yang sia-sia kerana mengikut amarah dan berharap dia dan Aira akan melakar semula kebahagiaan rumahtangga mereka umpama indahnya tujuh warna pelangi.



TONTON SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20