Monday 26 July 2021

Cik Ayu Mee Sanggul (Astro Ria) Episod Penuh

Drama  Cik Ayu Mee Sanggul Episod 1 Hingga 16 Di Slot MegaDrama Astro Ria | Salam semua, lama sis tak tengok Amelia Henderson berlakon, selalu tonton Amelia ni berlakon, makin lama makin suka dengan Amelia. Kali ini, Amelia muncul dalam drama Cik Ayu Mee Sanggul. Drama bersiri sebanyak 16 episod ini boleh ditonton di slot MegaDrama Astro Ria yang telah pun menemui penonton pada 27 Julai yang lalu. Manis Amelia berbaju kebaya. Mengikut info yang sis tahu, nak menjayakan drama ini, Amelia menggayakan sebanyak 40 pasang kebaya selain tampil bersanggul. 



Cik Ayu Mee Sanggul (Astro Ria) 2021 Episod Penuh

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16
JUDUL : CIK AYU MEE SANGGUL
EPISOD : 16
TARIKH : 27 Julai 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Aqasha, Amelia Henderson, Aryan Azdrin, Shiqin Kamal, Wan Raja, Dynas Mokhtar, Iman Zulkarnain, Fimie Don, Asha Merican, Nabil Aqil, Aznah Hamid, Rosyam Nor, Mahmud Ali Bashah, Izzendra, Natasha Hamzah, Cat Farish

WATAK PELAKON 
Amelia Henderson sebagai Cik Ayu 
Aqasha sebagai Akhtar 
Aryan Azdrin sebagai Uwais
Iman Zulkarnain sebagai Rizman 
Shiqin Kamal sebagai Mastura
Fimie Don sebagai Joe Al-Jufry
Asha Merican sebagai Icha
Nabil Aqil sebagai Hazmel/Mel
Aznah Hamid sebagai Wan Cun
Mahmud Ali Bashah sebagai Razak
Izzendra sebagai Zaza 
Natasha Hamzah sebagai Wan Milah
Cat Farish sebagai Hamzah
Wan Raja sebagai Faizal
Dynas Mokhtar seabagai Farhana
Rosyam Nor sebagai Tuan Baharom

SINOPSIS CIK AYU MEE SANGGUL
Mengisahkan pengorbanan seorang balu muda yang menikahi seorang duda tanpa ikatan cinta demi menjadi ‘ibu segera’ kepada Uwais, anak duda tersebut. Ayu adalah pengusaha Mee Sanggul yang berjaya di Kota KL. Perkenalan dan hubungan rapatnya dengan Uwais serta Nek Wan ditentang oleh Akhtar apabila mendapat tahu Ayu adalah isteri kepada Arwah Tuan Baharom yang mewarisi segala hartanya. Akhtar skeptikal terhadap status janda Ayu kerana pengalaman pahitnya bersama bekas isterinya. Uwais pula masih kecil dan memerlukan perhatian seorang ibu. Ayu berkorban dan membuat keputusan untuk meminang Akhtar sendiri. Ayu juga didekati lelaki-lelaki lain dalam hidupnya yang sentiasa menjadi penghalang kisah cintanya.